Dah lama tak citer " Mari laa memasak bersama2 Ms Nur" kan? Masak tu masak.. tapi x sempat nak ambik2 gambar. Asyik nak cepat jer kan.. mana ada masa nak snap pictures.
Bercerita pasal kek ni kan, I memang suker buat kek. Kekadang tak jadi, tapi most of the time jadik la. Alhamdulillah. Tambah2 duk kat sini, masa amat laa banyak utk diluangkan utk buat kek. Ye la tu, banyak sangat laa masa. Iyer laa compare duk kat Msia, mana laa sempat nak buat2 kek ni. Ada pun masa weekend jer.
Kalau kat Msia senang, semua ingredients senang nak carik. Kat sini punya la susah nak carik. Guna laa bahan2 yang dah ada. Dengan mixer nyer yak de, measurement cup x de. So pandai2 laa sukat ikut suka ati. Memandangkan sekarang ni ada jer orang2 sekeliling jemput makan laa, kanak2 unta ni bagi makanan laa, so nak tak nak berbalas laa dgn buat2 kek bagi kat diaorg. Buat kek for sure sb nak bagi orang or jemput orang datang umah.
Tak de la susah sangat buat kek sb slalu duk buat. Like my mum said, kalau duk slalu buat jd senang. Senang laa macam dia duk buat jemput2 pisang. Tu kata dia laa. Sesambil duk masak tu sesambil tu laa campak2 bahan2 buat jemput2 pisang. Aaaaa... cam tu laa buat kek ni, sesambil duk rehat2 tido2 dipetang hari tu, baik laa buat kek bagi orang. Dapat jugak pahala... wah pahala.
Slalu duk buat kek butter, tu pun sb my dad suka mkn kek butter. Dulu masa x pandai buat kek, asyik duk tempah jer kek butter. 1 kg kek butter kat Msia dulu, I rasa costs me RM30-40. Sedap sengat bermoist2 tau. Then bila dah try buat sdiri, x de la susah sangat nak membuatnya. Ada bahan, ada peralatan.. campak2.. bakar .. taraaaaaaaaaa... jadi laa kek.
Today I buat kek pumpkin hazelnut. Tak penah2 buat kek pumpkin ni. Bukan sahaja first time buat kek pumpkin malah kat sini baru pandai makan pumpkin. Kat Msia tak penah my mum ajar makan pumpkin. Tak tahu laa naper. Nanti balik Msia I tanya my mum yer.
My friend la kat sini penah bagi jemput2 pumpkin. Mmmm... yummy2 jugak. So i beli la pumpkin nak buat jemput2 laa konon2nya tapi pikir punya pikir then tukar fikiran. Memandangkan jemput2 so oily, tukar laa paln buat kek pumpkin. Kek jd cupcakes sb dah beli that cup tu last month. Tgk kat kedai, wah cantik gamba strawberry terus beli. Tak de la membazir beli that cup kan sb dah buat kek ni ha.
Buat banyak2 ni sb plan nak bagi kat kanak2 unta yang pernah berbudi dgn Ms Nur. Biasa laa kan diaorg ni, nak dekat2 final exam, nak dekat dgn submit assignment, ramai la yang bagi halwa laa dan macam2 lagi. So utk tidak menghampakan mereka, Ms Nur akan reply dgn bagi cupcakes yer kanak2. Sebelum korang duk mintak markah, baik laa I bagi something for them kan. Nanti x pasal2 ada yang claim dia dah bagi smtg and need more marks. Terjadi ker? Oooohhh.. possibility terjadi cam tu amat tinggi skali.
Banyak jugak dapat ni.. tu laa kalau laa korang neighbour I mmg dah dapat rasa dah cupcake pumpkin ni. Rugi.. amat laa rugi skali
Transfer kat plate yang lawa skit supaya nampak lagi geram nak terkam. Sihat ni makan my cupcakes. I didnt use butter instead I used vegetable oil.
Ni laa cup yg strawberry tu. Sangat cantik.. oppps not strawberry la, its cherry!!
Potong... tgk kat dlm skit. Macam kek pisang kan? Cedap2 .. seriously!! Letak hazelnut lagi laa yummy2
Pek kan seperti ini yer utk diedarkan kat kanak2 unta yang tersenarai sahaja yer puan2
Utk menyerikan lagi bungkus laa seperti ini. Bila tgk wahh amat cantik... bila makan, harapnya wahh sedap skali kan!!
Untuk Chef yang buat kek ni tak bleh nak makan banyak2 kan. Satu cupcake tu dah kira mencukupi laa kan? Ambik rasa, cukup gula dan rasa sedap ker tak! Niat kan tadi buat utk orang. So orang perlu diutamakan. Bahaya telan banyak2.. kalori yang terbakar masa jalan kat pantai tu masa sia2 jer kan. Kawal diri ... Alhamdulillah bleh. Try laa buat sdiri kan .. percaya laa masa buat tu bau tu pun dah jadi kenyang!!
Kalau dah buat bisnes ni sure dah kaya raya kan? Tapi lain jadinya duk kat sini. Masak2 bagi orang.. masak2 jemput orang dtg umah. Mana nak kaya? Tak pe.. Insyaallah niat ikhlas bagi kat orang, Tuhan balas balik dgn rezeki yang melimpah. Amin...




















.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)