Kali ni nak citer pasal matawang kat Oman ni. Wahh citer pasal duit ni, macam kaya raya kan? Hehehe... Amin.. amin. Ye la bukan semua orang kat Msia especially know Omani currency kan? So its better for me to share with you all right. Mana laa tahu kot sapa2 nak tahu or sapa2 berhajat nak datang Oman, senang laa skit. At least got some kind of idea.
Wang kertas yang paling tinggi nilanya adalah OMR50, then 20, 10, 5, 1 and 500 biaze. Syilingnya plak x de dalam gamba sebabnya x de syiling buat masa ni. Nilainya adalah 50, 25, 15 and 5 sen. But most of the time, duit syiling ni x de nilai kat sini. Kalau beli barang2 kat mall or supermarket cost 1.075, kalau bagi 2.00 rial, jarang sangat dapat balance balik. Suker ati diaorg jer kan? Kalau 100 customers, brapa dah diaorg dapat right?
From top: OMR 50, 20 and 10
Imagine la, kalau I buat kluar duit dari ATM machine OMR 600, ambik kau segebal dapat sebab selalunya dapat duit 20 rial semuanya. Jarang sangat dapat yang 50 rial. The maximum amount yang bleh ambik kat ATM machine kat sini is OMR600 for each day.Tu pun kiranya segebal la kan? Blom lagi kekadang tu bagi yang 5 rial, bergebal2 laa jawabnya. Kena bawak briefcase pegi ambik duit jawabnya. Hihihi.
From top: OMR 5 and 500 biaze
1 rial bill. Got two different notes but same amount
Masa mula-mula I datang sini dulu tahun 2007 currency exchange was OMR1= RM10. Amat laa tinggi skali but then sekarang ni punya laa turun amat laa mendadak sekali. If Im not mistaken it is only RM8++ jer. Tapi tak pe la, still Alhamdulillah kan?
Nak ikutkan kat sini pun semuanya dah mahal-mahal. Macam biasa la duit tu macam air kan? Duk Msia pun rasa macam air paip yang memang x bleh control langsung tapi kat sini macam air paip jgk cuma kat sini bleh control skit.
Memandangkan kat Sur ni tak de shopping complex dan tak de jual handbag2 so duit2 memang laa bleh simpan skit. Tapi tunggu laa balik Msia, duit akan abis dalam sekelip mata sahaja. Iyer laa balik Msia jer for sure Mega Sale laa, macam2 sale.. memang timing I balik memang bagus. Time menghabiskan duit2 yang ada. Kononnya balas dendam abis-abisan laa bila balik Msia nanti. Dunia pun x brapa ingat dah..
Duk citer pasal money exchange ni susah gak nak gambarkan apa yang dapat dibeli kat sini kan. Meh sini I nak citer lagi details. Mineral water kat sini yang kecik tu dalam 100 biaze dalam RM1 or even less la kalau convert to RM kan, dalam 85 sen gitu laa. Then segala jus2 yg botol kecik tu semuanya 100 biaze termasuk laa all the can drinks. Kanak2 kat sini mahupun orang2 tua kat sini memang favourite drink diaorang adalah Mountain Dew.
Seriously, tak kira laa tua muda kebanyakkan diaorg ni suka sgt minum Mountain Dew beside jus Actually susah tau kita kat Msia nak carik Mountai Dew, ada laa but certain places jer kan? Sampaikan my cousin2 datang sini pun gilakan minum Dew ni. Teringat kat US dulu pun, diaorang pun suka sangat minum Dew. I penah dapat complaint dari orang Oman yang cakap susah bila pegi Msia nak carik Mountain Dew. Adakah?? Pegi Msia pun nak kena minum Dew beb!! Order laa teh tarik kan...
Haaa, ini laa Mountain Dew, mana laa tahu kot2 mana2 or sapa2 tak tahu si dew ni!!
Tau tak anda diluar sana, jus kat sini memang laa heaven. Naper yer? Sebabnya amat laa pekat dan manis. Puas sangat bila minum jus ni. Rasa macam jus yang original. Seriously tak tipu. Dah laa murah, I think laa compare kat Msia ada ker jus yang pekat dan sedap and with reasonable price? Ntah laa balik2 kat Msia tu feel fresh la.. cam gitu la kan? Ingat lagi masa my parent datang sini dulu duk sini for 2 months, I think every day my dad tenguk jus mango ni. Everyday dia pegi beli and abiskan sebotol yang macam gamba kat atas. Tak minum air kosong dah. Punya laa kan? FYI, jus ni cost 800 biaze, not even 1 rial. Murahkan?
Macam2 flavour ada, dulu I suka sangat jus mango sampai ari2 laa duk minum. jus ni Then sekarang ni suka guava and raspberry plak. Kalau jus strawberry, mango and guava, mak oiii dgn serat2 dia skali tau rasa. Jus ni wajib ada kat dalam fridge i, blom lagi abis for sure dah ada stock. My family datang ari tu punya la borong jus ni berbotol2 buat balik Msia. Excess luggage sebab jus jer.. amat laa lawak. Termasuk laa abangku and auntyku. Semua borong jus2 ni. Then balik Msia, bagi2 kat sedara mara yang lain. Then bila I nak balik, ada laa pesanan2 3..4 botol bawak balik. Hihiii.. itu laa family ku.
Macam nasi briyani, qabuli, makbus tu semua lauk ayam dalam 800 biaze or it can goes to 2 rial. Tengok tempat laa kan. Kalau restaurant2 biasa kat Sur ni only 800 biaze, tu pun melambak satu box. Bleh la makan untuk 2-3 hari.
Itu kalau makanan laa. Buah-buahan and sayur-sayuran semuanya ada kat sini, kiwi, strawberry, papaya, rambutan. Cakap jer buah apa semuanya ada and semuanya imported la. Diaorg ni mana ada buah yang tanam sdiri. Yang ada pun I think watermelon sebab ramai sangat orang2 Oman ni duk jual sekarang ni.
Apa lagi yang murah yer... petrol dan kete. Aaaa... yang ni pun murah jugak laa compare to Msia kan? Kete of course laa murah and kalau kat Msia berganda2 mahalnya Thats why laa kat sini ramai la expatriate pakai keta yang mewah2. Iye laa biasa la kan bila lagi nak bergaya sakan kan? But definitely not me :))
Citer pasal rumah plak, memang laa mahal sesangat. Beli or menyewa sama jer la. Imagine laa, for an apartment 2 rooms ( rumah I laa tu) they called it flat costs me OMR150. Kalau kita kat Msia, RM1000++ menyewa, dapat rumah yg lawa2, yang mewah2 dah kan? Hotel pun kat sini, kononnya 3 stars but macam 1 star kat Msia costs around OMR 50-600. Punya laa cekik darah. Bukan itu ajer, otel kat sini kira per/head and not per/ room yer. Mampu? Budget otel dia pun dah costs around OMR 20-25. Mahal yang teramat kan?
So bagi tuan2 dan puan2 yang ingin berkunjung ke Oman, sila laa tinggal/ menumpang dirumah kenalan, atau sedara mara mahupun orang yang anda tidak kenali. Hihii... save skit kan? Skit ker.. banyak tu bleh save. Rumah I memang sentiasa terbuka untuk kamu dan kamu semua. Sila laa buat booking awal2 yer sebab takut tuan rumah akan balik negara or pegi makan2 angin.


























































