Wednesday, May 4, 2011

FooD

Ada yang tertanya2 kat sini I makan apa? Ada apa? Mahal tak? Sedap tak? Jom kita ckp2 pasal makanan kat Oman ni:

1. Halwa

Ni makanan traditisional kat sini and setiap rumah yg kita pegi for sure dihidang dgn halwa ni. Rasanya sangat2 laa manis. Rasanya semua Omani suka makan ni, tgk diaorg makan halwa ni mcm makan nasi. Boleh dimakan begitu sahaja atau pun ada jgk org makan dgn roti Qabus ( roti arab). Selalu dapat sebekas/semangkuk halwa dr kanak2 unta as 'rasuah' utk dptkan markah yg lebih.

Time: Tak mengira masa, bfast, lunch & dinner and slalunya dimkn sebagai appetizer
Price: RO3-5 and yg mahal pun ada 20-30




2. Dates/ Tamar

Buah kurma atau tamar ni pun slalu ada kat rumah diaorg kat sini. Ni pun consider makanan wajib yg ada kat rumah diorg and slalunya diserve sejurus selepas tetamu duduk dgn black coffee tanpa gula called kahwa( sangat la pahit). Thats y laa kopi ni perlu diminum dgn buah tamar. Baru laa rasa x pahit. ( manis + pahit = sedap). Walaupun musim buah tamar ni hanya di musim summer ( July , August) tapi kat rumah diorg ni tetap ada.

Time: Anytime sebelum dan selepas makan
Price: Fresh tamar called Ratab ( separuh masak ) 1 kg = RO1-2



Ni laa Ratab


Tamar ni ada sepanjang tahun


3. Fruits

Bagusnya diaorg kat sini sebelum makan nasi mesti makan fruits terlebih dahulu. And sama jgk dgn tamar and kahwa, fruits ni slalu ada kat rumah diaorg. Segala macam buah ada kat sini termasuk laa buah2 yg ada kat Msia. Sebabnya diaorg ni semua buah diaorg import.. yang x diimport rasanya pisang jer tu pun org kat sini suka makan pisang fr. Filipine.

Time: Dimakan before makan nasi
Price: Kira2nya agak mahal jgk, sebiji pisang 100-200 biase approximately RM 1.00-2.00




4. Nasi Qabuli

Nasi Qabuli ni adalah nasi diaorg. Sangat la sedap.. I love this so much. Sepanjang duk sini,satu restaurant jer yg jumpa itupun kat Muscat, yg rasanya betul2 original. Nasi ni x de kuah and lauknya dgn ayam, daging or ikan dan dimakan dgn tomato sauce. Slalunya org kat sini suka mkn dgn daging kambing (laham). Daging kambing kat sini mmg x berbau and sgt laa sedap. Penah belajar dgn org sini how to prepare Nasi Qabuli ni and rasanya tiap2 tahun semenjak duk sini, Nasi Qabuli dijadikan main menu for Eid kat Msia.

Time: Diaorg makan nasi only during lunch sahaja and selalunya makan nasi ni pada majlis2 keramaian
Price: Restaurant yg slalu pegi tu Qabuli Dijaj (ayam) - RO1.800 and Qabuli Laham (daging) - RO2.500



5. Arsi

Arsi ni pun jenis nasi tapi macam porridge. Tak berair tapi pekat. Nasi dimasak berjam2 bersama2 dgn daging ayam or daging kambing. Diaorg masak ni punya laa lama.. rasanya seharian semlman utk dptkan rasanya yg enak. Diaorg suka makan ni sgt.. ada yg dimasak pakai beras called 'Arsi' and ada yg masak pakai wheat called "Harees". Sy x brapa suka nasi ni.. Rasanya salty..

Time: Slalunya dimkn pada hari raya ataupun dimajlis perkahwinan
Price: x pernah nampak ada jual di restaurant2.. slalunya mkn dirumah diorg ni




6. Magagas/ Mandazi

Ni adalah sejenis roti. Roti ni dicampurkan dgn rempah ratusnya dan digoreng. Roti ni sedap dimakan dgn honey atau cheese. Katanya roti ni berasal dr Zanzibar ( Afrika) and yang slalunya makan roti ni yg berketurunan dr sana laa.

Time: Slalu dimkn utk bfast
Price: x penah tgk jgk dijual and I penah mkn kat rumah org sini



7.  Shawarma

Ni kalau kat Msia macam kebab yg dijual kat pasar2 malam tu. Tapi rasanya amat berbeza sb kat sini lagi sedap. Kat Msia dimakan dgn cili sos kan? and kat sini tanpa cili sos and rasanya sgt sedap dan I suker sgt mkn ni. Biasanya beli ni bila dah x tahu nak makan apa dah kat rumah :)

Time: Malam jer ada org jual shawarma ni.. paling awal pun 5pm
Price: 200-300 biase per roll




8. Hummus

Ni adalah dipping sauce org arab termasuk la kat sini. Its chick peas spread. Orang kat sini suka makan ni dgn roti qabus, fries and grill chicken. Kekdg tu ada jgk kat dlm shawarma.

Time: Petang dan makan dan dimkn dgn roti
Price: 800-1.500 per plate



9. Shuwa

Ni adalah sejenis daging kambing. Daging kambing ni dimasak didlm tanah selama 1-2 hari. Ni pun kiranya specilaity diaorg kat sini and disorg suka sgt makan ni. Di perap dgn pelbagai rempah ratus dan dibakar dlm tanah 24-48 hours.

Time: Dimakan pada ari Raya Aidiladha dgn nasi dan dgn roti
Price: Slalunya kanak2 unta yg bagi dimusim ari raya and pernah dimakan kat restaurant. RO2.800-3.500



Ni laa sebahagian drpd makanan2 yg ada kat sini. Of course laa byk lagi, tapi yang ni jer yg ingat buat masa ni. Bersambung nanti yer...

No comments: